About Me

My photo
Assalamualaikum (: known as nonnyy :) yellowish-brown skin tone. 21 years old. still studying. 166sm. 50kilogram average. Not so talkative and positive not passively. Arrogant little bit yes i admit it. Fanatic skinny jeans but i'm fat (: shark teeth HAHAHA but i love my smile. Never published my blog. I create just to share my personal life with you. My pleasure to meet u all. cheers (:

Monday, April 23, 2012

7 Tips Kawal Kemarahan

Seorang pemarah ?
Sama lah macam I. I cepat betul marah dan baran. Berkemungkinan sebab I anak kedua. So sape yang dapat I nih, i warning awal-awal I susah nak jaga tahuuu :D
hahha :D its okay kut. sebab Mr MZ cakap okay, boleh settle lah tuh ~
sayangg, i sayang u sangat-sangat! haha.
okbye. mengarut. :D
focus tips-tips untuk kawal kemarahan, try nanti okay (:

1. Tanya meter kemarahan kamu.
Sebelum melepaskan kemarahan, cubalah berfikir apakah kemarahan you itu akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara ? Persoalan ini akan memberi kamu ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika kamu mendapat jawapannya, pasti kamu akan lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan kamu itu.

2. Fikir akibat yang bakal berlaku.
Fikirkan sejenak kesan buruk jika kamu melepaskan kemarahan kamu. Adakah tindakan melepaskan kemarahan itu meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang ? Jika benar lebih baik kamu bertenang, dan andainya kemarahan kamu melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.

3. Letakkan diri kamu sebagai mangsa.
Ketika marah cuba letakkan diri kamu sebagai diri orang yang kamu marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dillakukannya terhadap kamu. Contohnya, jika kamu berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

4. Kira dalam hati.
Ketika kemarahan kamu sedang kemuncak, cuba buat kiraan satu hingga sepuluh dalam hati dengan keadaan tenang tanpa berkata apa-apa. Walaupun kaedah ini tidak membantu kamu untuk memadamkan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan kamu itu (:

5. Pejamkan mata seketika.
Ketika marah, pejamkan mata kamu dan bayangkan kamu sedang berada di sebuah pulau percutian yang teristimewa bersama orang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan untuk kamu memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran kamu jauh ke sana ^_^

6. Tarik nafas perlahan-lahan.
Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan kamu. Fokus cara pernafasan kamu dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengar bunyi pernafasan kamu dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.

7. Luahkan pada individu tersayang.
Jika kesemua cara ini masih belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan itu kepada orang lain antaranya teman-teman ataupun rujuk pakar kaunseling agar kamu sendiri tidak dibelenggu dengan kemarahan sendiri. Itu yang terbaik (:

No comments:

Post a Comment