hai and salam everyone !
i was buy magazine yesterday. and read an article shows that the advantages of keeping smile on your face. i got an idea to share it with you people. besides it will increase your environment-positive-thinking , there is many else advantages of it. hehehe :D so people. keep smile yahh. jangan laa malas-malas nak senyum. senyum itu kan satu sedekah. those yang 'kerek' malas nak senyum dengan people nie mesti dia rasa dia terlalu 'cantek' untuk ditayangkan senyuman manis dia tuh. whatever. Tuhan dah kurniakan senyuman yang tersendiri dan tak salah kan untuk give smile back :)
okay. straight to the point.
Rahsia 'keeping smile on your face' :
- Senyum dan ketawa merupakan satu senaman seperti joging dalaman yang mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu beri manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
- Senyum bukan sahaja menceriakan hidup anda, malah beri banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita senyum , badan juga akan 'tersenyum' dan menganggap kita gembira.
- Senyum menghasilkan kesan yang 'gembira'. selain itu , apabila tersenyum kita akan menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot muka semasa mengerut dahi
- Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
- Apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum kamu ketawa.
- Kamu juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali bagi orang dewasa. Justeru , tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
- Kajian sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan dua jenis stress iaitu stress yang baik dengan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebgai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sitem ketahanan badan.
- Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian telah terbuktu bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
- Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot andomen , merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
- Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
- Selain daripada memebri pelbagai kebaikan kepada tubuh , dalam ajaran Islam itu senri mengatakan senyum itu adalah satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani (dalaman) yang kronik. Senyum tak perlu modal dan apa yang diperlukan adalah sekelumit rasa ikhlas yang boleh memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan yang lain. Mungkin dapat menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu jugak untuk memulakan sesebuah ikatan.
information : REMAJA magazine page 56 July,1st 2011
bagi yang tengah in mood marah , takkan nak continuous mood marah je kan. aiyoo nanti muka berkedut lepas itu cepat tua. mauu ke ? tak kan nak sentiasa mood marah je kan. semua orang berhak untuk happy kembali (: happy make you more comfortable and calm. :)
okay. itu sahaja. so JUST KEEP SMILE yahh (: dont be so stress. be happy always. :)
till then. see you soon :D
dengan senyuman... kemesraan terjalin.
ReplyDelete