About Me

My photo
Assalamualaikum (: known as nonnyy :) yellowish-brown skin tone. 21 years old. still studying. 166sm. 50kilogram average. Not so talkative and positive not passively. Arrogant little bit yes i admit it. Fanatic skinny jeans but i'm fat (: shark teeth HAHAHA but i love my smile. Never published my blog. I create just to share my personal life with you. My pleasure to meet u all. cheers (:

Sunday, March 20, 2011

Dunia di penghujung zaman 2012 ?

hello and assalamualaikum (: lama i tak update blog i. time now. 2.20pm 2011, 20th March. baru beberapa hari selepas tsunami yang berlaku di Japan. kasihan. agak kuat jugak kesan tsunami tersebut sehingga sampai ke Malaysia. setelah lame not in writing , i cuba mencari ilham untuk write dalam blog nie mengenai Tsunami di Jepun nie. i not writing overall about japanese' tsunami that been issued lately , i want to share a piece of the story that i have been read on newspaper : page 2 and 3 MINGGUAN MALAYSIA 20 MAC 2011

melihat kepada tragedi tsunami yang berlaku pada tanggal 11 March lepas memang mengerikan di negara matahari terbit itu namun itu bukanlah sesuatu yang baru di negara tersebut. akibatnya ramai yang berfikiran dan beranggapan apakah peristiwa tsunami sebegini membawa petanda apakah dunia kini berada di penghujungnya ?

dunia telah digemparkan dengan bencana alam dahsyat tsunami besar dalam tahun millennium ini. dan semakin ramai yang terpengaruh dengan ramalan hari penghabisan dunia atau kiamat pada tahun 2012 ?
melihat pada telahan umum ramai yang beranggapan tahun 2012 adalah tahun di mana satu bencana besar akan berlaku malah ada yang begitu yakin kiamat akan berlaku pada manusia pada tahun tersebut.

KIAMAT 2012
apatah lagi sudah ada filem mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dalm filem 2012.

Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya yang berusia 5125 akan tamat pada 21 Disember 2012. kalendar Maya akan kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.
Tamadun ini pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum Masihi , memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu.
Tamadun ini mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar.
Pada tarikh 21 Disember 2012 , Bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi , banjir dan letupan gunung berapi.

NOSTRADAMUS
Begitu juga bagi peminta Nostradamus , bila mana mereka telah membuat andaian akan berlaku satu peristiwa besar pada 2012. Berdasarkan ramalan di bawah ;

"at the place where HIERON has his ship built ,
there will be such a great sudden flood ,
that one will not have a place nor land to fall
upon ,
the waters mount to the Olympic Fesulan . ''

Nostradamus mendakwa planet-planet di angkasa lepas akan berantakan yang akan mengakibatkan hancurnya kehidupan. Namun tiada sebarang tarikh khusus yang dinyatakan cuma , pengikut Nostramadus membuat andaian berdasarkan pemahaman mereka. 
Keadaan kini bertambah kabut apabila dikatakan sebuah planet bernama Nibiru atau planet X oleh NASA sedang melengkapkan putaran orbitnyayang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini digambarkan 100 kali ganda besar berbanding bumi atau sama besar dengan planet Musytari.



PLANET NIBIRU (PLANET X)
Adalah dijangkakan pada 23hb Disember 2012 planet ini akan memberi kesan yang paling dahsyat kepada Bumi apabila ia menceroboh sistem solar Bumi.
Apabila ini berlaku kesan paling buruk adalah ia akan memutarkan kedudukan kutub-kutub sekarang kepada terbalik (polar shifting). Bagi mereka yang percaya ia dikaitkan dengan peristiwa banjir besar Nabi Nuh alaihisalam dahulu.
Bagaimanapun planet ini dikatakan tidak akan menghentam Bumi tapi tarikan gravitinya sangat kuat akan mengganggu Bumi. Planet ini dikatakan hanya akan lalu di antara Bumi dan matahari , di mana kecerahannya seperti muka Bumi bewarna kemerah-merahan seperti matahari.
Maka ada yang beranggapan ia sebagai antara tanda besar kiamat dimana kelihatan objek merah di langit.
Planet Nibiru dipercayai mempunyai muka bumi yang tandus , sentiasa berlaku letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana alam yang lain. Ianya akan memudaratkan hidup-hidupan yang menghampirinya. Selain itu , Planet Nibiru dipercayai berkuasa magnetik dan boleh menggangu kestabilan geografi bumi.
Sememangnya banyak kajian mengenai planet ini telah dijalankan namun kewujudannya masih lagi misteri. Ia sukar dikesan walaupun melalui alat teropong planet, kerana kedudukannya yang berada jauh dari Pluto.
Malahan pada tamadun Mesopotamia dan pada era kegemilangan Kota Babylon yang diperintah Raja Nebuchadnezzar , planet Nibiru juga dikenali sebagai planet Tiamat. Maka adakah ia juga satu sebutan bagi kiamat ?

KOD RAHSIA
Selain itu , teori akan berlaku kiamat pada 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik. Menurut mereka bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran.
Bagi seorang penulis , Fahd Amir al- Ahmadi mengatakan bahawa banyak ilmuwan yang bersepakat dengan suku Maya bahawa satu kejadian besar akan  berlaku pada tahun 2012 namun masih belum diketahui jenis bahananya.
Di Asia , hal yang sama tekah ditunjukkan oleh berbagai buku yang ditulis oleh para astrologi China dari Dinasti Chang sejak tahun 1766 , akan berlaku bencana besar pada 3778 M (yang bersaman tahun 2012).
Seorang ahli astronomi Jepun , Haido Itakawa pula berkata pada tahun 1980 bahawa planet-planet matahari akan tersusun di dalam satu garis di belakang matahari, dan kemudiannya akan mengakibatkan kemusnahan di angkasa lepas sekaligus menghentikan kehidupan di atas muka Bumi ini pada tahun 2012.
Sesungguhnya ramalan mengenai kiamat pada tahun 2012 itu disandarkan pada penemuan beberapa ahli astrologi kuno serta para ahli astronomi moden. Namun bagi kita sebagai umat Islam seseorang wajib beriman bahawa hari kiamat pasti datang dan berlaku. Tetapi hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui rahsianya.

ISLAM
Namun begitu soal kiamat merupakan hal ghaib yang harus dipercayai oleh setiap Muslim namun tarikh sebenar hanya diketahui oleh Allah SWT seperti firmannya dalam surah A'raf:187 maksudnya :
'' Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat : "Bilakah terjadinya ?"
Katakanlah : "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku ;
tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia.
Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi mahluk) yang di langit dan di Bumi ,
kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba . ''

Malah tokoh Islam, Syeikh Yusuf al Qaradhawi pernah ditanya apakah dunia akan hancur pada tahun 2012 ?
Beliau menjawab bahawa ini termasuk pembicaraan tentang sesuatu yang akan datang, menerobos tabir masa yang akan datang , menyingkap apa-apa yang mungkin terjadi pada anda besok atau lusa, dan itu semua tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah SWT.

TSUNAMI JEPUN
Sehingga kini berdasarkan rekod , Jepun adalah negara paling banyak dilanda tsunami dan sememangnya ia sudah sangat sinonim dengannya. Dalam jangkamasa lebih 1300 tahun , sebanyak 195 kejadian tsunami telah melanda Jepun dan secara puratanya kejadian ini berlaku sekali dalam 6.73 tahun.
Malah gempa bumi kuat berukuran 8.9 skala Ritcher yang juga kelima terkuat di dunia telah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukkan rekahan di dasar laut negara itu sepanjang beratus-ratus kilometer.
Hingga kini jumlah korban sebenar masih belum dipastikan kerana angkanya terus meningkat dari saban hari. Dijangka jumlah sebenar mungkin melebihi 10,000 orang.

* pengarang : HAFIZAHRIL HAMID ; page 2 and 3 MINGGUAN MALAYSIA 20 MAC 2011



No comments:

Post a Comment